Mengenai Kami


      Kami adalah peminat dan di antara penternak ayam sabong di Sarawak. 
              Kepada semua peminat ayam sabong semua, kami mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2013. Semoga tahun 2013 membawa tuah dan nasib baik kepada semua peminat dan penternak ayam sabong....Terima kasih kepada yang sudi melayari blog kami.  Kepada yang telah membeli ayam - ayam  dari kami,kami sangat berbesar hati kerana banyak juga maklumbalas yang diterima yang membawa berita gembira.. 
       Untuk tahun 2013 ini, insyaAllah kami akan upgred dan membawa pembaka-pembaka baru. Kebanyakan pembaka-pembaka ini terdiri dari ayam-ayam yang telah menang di arena sabong dan di import. Bagi  memilih pembaka, kami akan uji sendiri di arena untuk melihat dan menganalisa kelebihan dan kekurangan masing-masing.   Pada pandangan kami, bukan semua pembaka sesuai dengan semua induk. Penurunan baka hanya dilakukan setelah berbincang dan mendengar pendapat dari otai-otai dan rakan-rakan yang aktif bersabong....Faktor-faktor kelebihan dan kekurangan setiap pembaka akan dilihat secara teliti untuk menetapkan induk yang sesuai...Struktur fizikal dan gaya permainan sangat diambil kira oleh kami bagi menghasilkan anak-anak yang diramal semakin baik dari yang asal (pembaka).... Kepada semua peminat ayam laga/sabung, semoga berjaya menghasilkan ayam-ayam yang semakin baik....terus berusaha dan membuat penyelidikan....jangan sekali putus asa.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan